Tentang kami
Tentang Hannan Medispa

Hannan Medispa adalah sebuah Medispa Kecantikan, ditubuhkan dengan objektif bagi menjadikan dunia anda lebih berseri. Diasaskan oleh Dr Hannan Mohamad Yusuf pada tahun 2012, Hannan Medispa lebih memfokuskan pada kecantikan semulajadi anda terutamanya pada wajah, rawatan jerawat dan pigmentasi, dan juga penurunan berat badan berlebihan.

Kini terdapat 9 ‘Hannan Medispa Signature Therapy’ yang diformulasikan mengikut keadaan kulit populasi di Asia, dibantu dengan penggunaan peralatan-peralatan berteknologi terkini dari Korea dan USA yang terbukti secara saintifik bagi menyelesaikan segala masalah kulit anda.

Hannan Medispa juga menawarkan pelbagai produk-produk kecantikan dan produk penjagaan kulit, dirumus khas oleh Hannan Cosmetics bagi semua jenis kulit yang bermasalah. Hannan Medispa kini telah mempunyai 42 cawangan di seluruh Malaysia dan bakal melebarkan sayapnya ke Brunei dan Indonesia di masa hadapan.

Kami komited memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan kami, memberikan anda semua peluang menikmati rawatan yang terbaik bagi kulit anda pada harga mampu milik dan kualiti yang terbaik.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan kami, kerana andalah sumber kekuatan kami untuk terus maju ke hadapan.

Falsafah Kami

Hannan Medispa terus komited menawarkan layanan terbaik kepada para pelanggan kami yang memerlukan rawatan kecantikan muka. Kami percaya bahawa layanan terbaik yang diberikan kepada para pelanggan kami membantu kami berkembang dengan lebih pesat lagi.

Penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi di Hannan Medispa yang dibawa dari Korea dan USA dapat membantu mempercepatkan penyembuhan kulit dan mencantikkan lagi wajah para pelanggan kami. Hannan Cosmetics juga menawarkan produk kecantikan yang terbaik dan dirumus khas untuk setiap masalah dan jenis kulit para pelanggan kami, dan menjanjikan setiap produk kami hanya dibuat dari bahan-bahan yang terbaik.